Aims at becoming among the top-tiers full service legal entity offering comprehensive, excellent, Shariah compliant hand-crafted legal services and consultancy.

Contacts
Location
Suite 10.01, Level 10, Menara Atlan, 161B, Jalan Ampang, Persiaran KLCC, 50450, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia.
Phone
Tel : +603 9212 0921  Fax : +603 4131 0574

Resources

Majikan Tidak Memperbaharui Kontrak Perkhidmatan Pekerja : Adakah Satu Kesalahan?

Pengenalan

Secara ringkasnya, Kontrak Perkhidmatan Terhad Masa ataupun dalam Bahasa Inggerisnya dikenali sebagai “Fixed Term Contract” adalah sebuah kontrak pekerjaan di mana Pihak Syarikat dan Pekerja telah sedari awal telah bersetuju bahawa kontrak di antara mereka akan tamat apabila telah mencapai satu tempoh yang telah ditetapkan.

Dalam hal ini, apabila Kontrak Perkhidmatan Terhad Masa tersebut telah mencapai tempoh yang dipersetujui dan tiada sebarang pembaharuan dibuat oleh majikan ataupun Pihak Syarikat, kontrak tersebut akan tamat dengan sendiri dan bukanlah ditamatkan oleh sama ada Pihak Syarikat mahupun Pekerja.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa keadaan ataupun situasi di mana Mahkamah memutuskan bahawa kegagalan Pihak Syarikat untuk menyambung dan memperbaharui Kontrak Perkhidmatan Terhad Masa adalah merupakan penamatan perkhidmatan yang telah dilakukan tanpa alasan yang adil dan munasabah (without just cause and excuse)

Jadi, Apakah Keadaan Ataupun Situasi Tersebut?

Situasi dan keadaan tersebut boleh dilihat melalui fakta di dalam kes HAN CHIANG HIGH SCHOOL/PENANG HAN CHIANG ASSOCIATED CHINESE SCHOOL ASSOCIATION V. NATIONAL UNION OF TEACHERS IN INDEPENDENT SCHOOLS, W. MALAYSIA & INDUSTRIAL COURT OF MALAYSIA (1989] 2 MELR 752 (“Han Chiang High School“). Dalam kes Han Chiang High School, Mahkamah telah memutuskan bahawa kegagalan pihak Sekolah iaitu High Chiang High School untuk menyambung dan memperbaharui kontrak perkhidmatan seramai 35 orang guru sekolah tersebut adalah satu bentuk penamatan 

The contents do not constitute legal advice, are not intended to be a substitute for legal advice and should not be relied upon as such perkhidmatan yang telah dilakukan tanpa alasan yang adil dan munasabah (without just cause and excuse).

Hal ini adalah kerana Mahkamah Tinggi bersetuju dengan dapatan yang dibuat oleh Mahkamah Perusahaan dalam kes tersebut bahawa pihak sekolah mempunyai motif dan/atau niat lain (ulterior motive) untuk tidak memperbaharui kontrak perkhidmatan kesemua 35 orang guru tersebut. Dalam kes ini, tindakan pihak sekolah untuk tidak memperbaharui kontrak perkhidmatan guru-guru tersebut adalah disebabkan oleh kesemua 35 orang guru tersebut adalah ahli kepada kesatuan yang dikenali sebagai Union of Teachers in Independent School, West Malaysia.

Jadi, untuk menyingkirkan guru-guru yang merupakan ahli kepada Kesatuan tersebut, pihak sekolah telah bersandarkan kepada Kontrak Perkhidmatan Terhad Masa dan memutuskan untuk tidak memperbaharui kontrak perkhidmatan kesemua 35 orang guru tersebut.

Hal ini disokong dengan fakta bahawa walaupun kontrak perkhidmatan yang dimasuki pihak sekolah dan kesemua 35 guru tersebut adalah Kontrak Perkhidmatan Terhad Masa untuk tempoh dua (2) tahun, kontrak perkhidmatan kesemua 35 orang guru tersebut telah diperbaharui pihak sekolah setiap dua (2) tahun sejak daripada penubuhan sekolah tersebut iaitu daripada tahun 1951 tanpa guru-guru tersebut perlu membuat permohonan baru.

Oleh hal yang demikian, Mahkamah Tinggi dalam kes High Chiang High School tersebut telah membuat dapatan bahawa kontrak perkhidmatan yang dimasuki oleh kesemua 35 orang guru tersebut dengan pihak sekolah bukanlah Kontrak Perkhidmatan Terhad Masa yang tulen (a genuine fixed term contract) tetapi Kontrak Perkhidmatan Tetap (permanent contract) yang disamarkan sebagai Kontrak Perkhidmatan Terhad Masa (permanent contract disguised as fixed term contract).

Namun demikian, persoalan seterusnya yang timbul adalah bagaimanakah caranya untuk menentukan bahawa sesebuah kontrak perkhidmatan tersebut adalah Kontrak Perkhidmatan Terhad Masa yang tulen (a genuine fixed Term contract) dan bukannya Kontrak Perkhidmatan Tetap yang telah disamarkan sebagai Kontrak Perkhidmatan Terhad Masa (permanent contract disguised as a fixed term contract)?

Bagaimanakah Caranya Untuk Menentukan Sesebuah Kontrak Perkhidmatan Tersebut Adalah Kontrak Perkhidmatan Terhad Masa Yang Tulen Dan Bukannya Kontrak Perkhidmatan Tetap Yang Disamarkan Oleh Kontrak Perkhidmatan Terhad Masa? 

Pertamanya, sepertimana yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi dalam kes Han Chiang High School, niat sebenar majikan dalam menamatkan Kontrak Perkhidmatan Terhad Masa pekerja tersebut iaitu sama ada kontrak perkhidmatan tersebut ditamatkan oleh sebab kontrak tersebut sememangnya telah tamat tempoh ataupun sebenarnya kontrak tersebut ditamatkan atas alasan ataupun niat dan/atau motif lain adalah faktor utama dalam menentukan bahawa sesebuah kontrak perkhidmatan tersebut adalah Kontrak Perkhidmatan Terhad masa yang tulen atau tidak. 

Dalam pada masa yang sama, Mahkamah Perusahaan dalam kes IN MALAYSIA AIRLINES BHD. V MICHAEL NG LIANG KOK [2000] 2 MELR 302 (“Malaysia Airline”) turut menggariskan tiga (3) lagi faktor lain yang perlu diambilkira dalam menentukan sama ada sesebuah kontrak perkhidmatan tersebut adalah Kontrak Perkhidmatan Terhad Masa yang tulen (a genuine fixed term) ataupun Kontrak Perkhidmatan Tetap (permanent contract) yang disamarkan oleh Kontrak Perkhidmatan Terhad Masa (permanent contract disguised as a fixed term contract)

Maka, Apakah Tiga (3) Faktor Lain Tersebut?

Tiga (3) faktor lain tersebut termasuklah:-

  • Pertamanya, sama ada nature pekerjaan yang dilakukan oleh pekerja adalah selari dengan nature perniagaan bisnes Pihak Syarikat yang menunjukkan bahawa peranan pekerja tersebut adalah penting dalam urusan perniagaan Pihak Syarikat; 
  • Keduanya, sama ada pekerja tersebut diperlukan oleh Pihak Syarikat untuk satu tempoh yang lama ataupun untuk sementara; dan
  • Ketiganya, sama ada polisi dan norma kebiasaan Pihak Syarikat tersebut yang telah berterusan memperbaharui kontrak perkhidmatan dengan pekerja tersebut selepas tamat tempoh kontrak.

Hal ini menjadikan antara faktor penting yang boleh dijadikan kayu ukur bahawa sesebuah kontrak tersebut adalah Kontrak Perkhidmatan Terhad Masa yang tulen (a genuine fixed term contract) termasuklah:-

  • Niat kedua-dua belah pihak iaitu majikan dan pekerja ketika memasuki kontrak perkhidmatan; 
  • Nature pekerjaan yang dilakukan oleh pekerja tersebut adalah selari dengan nature perniagaan bisnes Pihak Syarikat yang menunjukkan bahawa peranan pekerja tersebut adalah penting dalam urusan perniagaan Pihak Syarikat; 
  • Perkhidmatan pekerja tersebut dengan Pihak Syarikat adalah untuk tempoh yang berterusan dan bukannya untuk sementara waktu; 
  • Polisi dan norma kebiasaan Pihak Syarikat tersebut yang telah berterusan memperbaharui kontrak perkhidmatan dengan pekerja tersebut selepas tamat tempoh kontrak.

Walau bagaimanapun, tiga (3) faktor penting yang perlu diambilkira dalam menentukan sesebuah kontrak perkhidmatan tersebut adalah Kontrak Terhad Masa yang Tulen telah dimuktamadkan dan dinyatakan secara jelas oleh Mahkamah Persekutuan di dalam AHMAD ZAHRI MIRZA ABDUL HAMID v AIMS CYBERJAYA SDN. BHD. [2020] 3 MLRA 475 (“Ahmad Zahri”) sepertimana berikut: –

  • Niat kedua-dua belah pihak (intention of both parties); 
  • Tingkah laku majikan sepanjang tempoh kontrak (employers’ subsequent conduct during the course of employment); dan
  • Nature pekerjaan yang dilakukan oleh pekerja tersebut adalah selari dengan nature perniagaan bisnes Pihak Syarikat (Nature of the employer’s business and the nature of work which an employee is engaged to perform)

Jadi Apakah Yang Berlaku Di Dalam Kes Ahmad Zahri Tersebut? 

Di dalam kes Ahmad Zahri, Ahmad Zahri iaitu pekerja di dalam kes tersebut (“pekerja tersebut”) telah mendakwa bahawa majikannya iaitu AIMS Cyberjaya Sdn. Bhd. telah menamatkan perkhidmatannya tanpa alasan yang adil dan munasabah oleh sebab majikan beliau tidak melanjutkan kontrak perkhidmatannya setelah tamat tempoh di mana antara alasan yang dikemukakan oleh PYM dalam kes tersebut adalah seperti berikut: –

  • Beliau telah bekerja secara berterusan dengan AIMS Cyberjaya Sdn. Bhd. sejak dari tahun 2009 sehingga 2013; 
  • AIMS Cyberjaya Sdn. Bhd. telah memperbaharui kontrak perkhidmatan pekerja tersebut tanpa beliau perlu memohon semula; dan 
  • Nature pekerjaan pekerja tersebut dengan AIMS Cyberjaya Sdn. Bhd. adalah sesuatu yang berterusan dan bukannya one-off, bermusim ataupn bersifat sementara.

Manakala, AIMS Cyberjaya Sdn. Bhd dalam kes Ahmad Zahri tersebut menyatakan bahawa kontrak perkhidmatan pekerja tersebut dengan AIMS Cyberjaya Sdn. Bhd. hanya bermula pada 18.10.2012 oleh sebab pada tahun 2009 sehingga September 2012, PYM adalah pekerja IMS Data Centre 2 Sdn Bhd (“ADC“) dan nature kontrak perkhidmatan PYM setelah diambil alih oleh AIMS Cyberjaya Sdn. Bhd adalah sememangnya Kontrak Perkhidmatan Terhad Masa (a genuine fixed term contract).

Semasa kes di peringkat Mahkamah Perusahaan, Mahkamah Yang Mulia telah membenarkan tuntutan pekerja tersebut dan memutuskan bahawa penamatan perkhidmatan pekerjar tersebut oleh AIMS Cyberjaya Sdn. Bhd. adalah penamatan yang dibuat tanpa alasan yang adil dan munasabah.

AIMS Cyberjaya Sdn. Bhd. tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan tersebut dan membuat permohonan semakan kehakiman (judicial review) terhadap keputusan tersebut di peringkat Mahkamah Tinggi. Namun demikian, Mahkamah Tinggi telah menolak permohonan semakan kehakiman tersebut dan bersetuju dengan keputusan ataupun award yang dikeluarkan oleh Mahkamah Perusahaan tersebut.

Walau bagaimanapun, semasa di peringkat Mahkamah Rayuan, Mahkamah Rayuan berpendapat bahawa keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Perusahaan dan Mahkamah Tinggi tersebut adalah satu keputusan yang salah atas alasan AIMS Cyberjaya Sdn. Bhd. dan ADC iaitu majikan kepada pekerja tersebut adalah dua entiti berbeza, maka pekerjaan pekerja tersebut dengan AIMS Cyberjaya Sdn. Bhd. bukanlah sesuatu yang berterusan (ongoing and continuous employment).

Namun, keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Ahmaz Zahri tersebut tidak dipersetujui oleh Mahkamah Persekutuan di mana Mahkamah Persekutuan berpendapat bahawa keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Perusahaan dan Mahkamah Tinggi tersebut adalah keputusan yang tepat dan betul.

Mahkamah Persekutuan setelah menitikberatkan ketiga-tiga elemen yang telah dinyatakan sebelum ini telah bersetuju dengan alasan-alasan yang dikemukakan oleh Mahkamah Perusahaan dalam Kes Ahmad Zahri tersebut dan memutuskan bahawa Kontrak Perkhidmatan PYM dan AIMS Cyberjaya Sdn. Bhd bermula pada tahun 2009 lagi oleh sebab AIMS Cyberjaya

Sdn. Bhd dan ADC adalah merupakan “Common Employers” dan jelas menunjukkan bahawa perkhidmatan PYM adalah sesuatu yang bersifat berterusan “Ongoing and Continous Employment” .

Maka, Mahkamah Persekutuan dalam kes Ahmad Zahri tersebut telah memutuskan bahawa pekerja tersebut adalah pekerja tetap (permanent employee) AIMS Cyberjaya Sdn. Bhd dan kegagalan AIMS Cyberjaya Sdn. Bhd untuk menyambung kontrak perkhidmatan PYM adalah satu bentuk penamatan yang dibuat tanpa alasan yang adil dan munasabah.

Penutup

Secara konklusinya, istilah “Kontrak Perkhidmatan Terhad Masa” ataupun “Fixed Term Contract” yang dinyatakan secara terang-terangan pada kontrak perkhidmatan pekerja terus menjadikan kontrak tersebut adalah Kontrak Perkhidmatan Terhad Masa yang Tulen (a genuine fixed term contract) lebih-lebih lagi sekiranya kontrak perkhidmatan tersebut memenuhi tiga-tiga (3) elemen-elemen yang digariskan oleh Mahkamah

Persekutuan di dalam kes Ahmad Zahri tersebut. Hal ini menjadikan undang-undang berkenaan Kontrak Perkhidmatan Terhad Masa adalah untuk menjaga kepentingan kedua-dua belah pihak yang menjadikan ultimate aim undang-undang tersebut adalah untuk mewujudkan keharmonian industri (industrial harmony) antara majikan dan pekerja.

Semoga bermanfaat.

Disediakan oleh,
Shazziera Safaruddin
Peguambela dan Peguamcara
Tetuan Mua’z Aiman Halem Auzan & Associates